PENGAJAR SIFOO.COM

Imran Abdul Jabar

Memiliki minat yang mendalam dalam bidang visual kreatif dengan pengalaman kerjaya selama 26 tahun serta 23 tahun pengalaman mengendalikan sesi pengajaran dalam kursus dan juga kelas. Aktif juga dalam bidang pengajaran akademik.

Pengalaman Kerjaya dan Projek Berkaitan:

Sekitar tahun 1997-1998, beliau telah terlibat dalam bidang reka bentuk web secara sambilan ketika masih dalam pengajian kejuruteraan di Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai Graphic/Multimedia Designer untuk melaksanakan projek multimedia learning. Beliau meneruskan kerjaya yang dalam beberapa syarikat sehingga memegang jawatan Head of Multimedia Department dalam tahun 2005. Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk bergerak secara bebas dengan memberi fokus kepada bidang pengajaran sehingga berjaya membuka syarikat penyedia latihan sendiri dalam tahun 2013.

Beliau membina jenama Sifoo.com dalam tahun 2000. Pernah terlibat dengan beberapa projek pembangunan mulitimedia learning (courseware), projek Telehealth Multimedia Super Corridor, pembangunan beberapa laman web agensi kerajaan, pembangunan visual identiti syarikat swasta serta agensi kerajaan.

Pengalaman Mengajar

Pengalaman mengajar bermula disebabkan projek web Sifoo.com yang ditubuhkan dalam tahun 2000 mendapat sambutan baik dari pengguna internet. Di atas permintaan, beliau mula menganjurkan kursus terbuka kepada orang awam. Dari situ, bermulalah jemputan mengajar oleh syarikat swasta dan agensi kerajaan serta institusi pendidikan. Dalam tahun 2017, beliau ditawarkan untuk mengajar akademik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) secara sambilan di bawah Kulliyyah of Education, di mana beliau mengendalikan subjek-subjek Teknologi Pendidikan terutamanya tentang visual dan multimedia.

Pengkhususan dan Kepakaran:

Beliau memfokuskan kepada prinsip dan aplikasi visual kreatif, reka grafik, proses kerja industri kreatif, pembangunan jenama serta pembangunan konten kreatif untuk media sosial menggunakan aplikasi seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe InDesign, Microsoft PowerPoint, Canva, serta Milanote.

Pendidikan / Kelayakan

  • Ijazah Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal, Virginia Tech, USA (1998)

Tajuk / Topik Yang Boleh Disampaikan:

  • Prinsip Reka Grafik
  • Prinsip Visual Efektif
  • Impak Visual Dalam Paparan Media Digital
  • Penjenamaan dan Pembangunan Media Sosial
  • Pengurusan Kerja Pekerja Kreatif

Pencapaian

  • Penerbitan Buku
  • Awards
Created with