Kursus Self-Learning (SL)

Sifoo.com menyediakan kursus yang boleh diakses secara online - daftar dan susun masa anda sendiri. Tidak perlu menunggu jadual kursus daripada kami. Bayar dan akses topik pembelajaran pada bila-bila masa. Mudah.

Semua bahan - nota, video, links dan bahan latihan disediakan. Termasuk support group untuk bantuan pembelajaran. Sijil digital diberi setelah tamat menjalani setiap kursus.

Pilih Tajuk Kursus:

\Learnworlds\Codeneurons\Pages\ZoneRenderers\CourseCards
FAEDAH DAN MANFAAT

Pilih apa yang anda ingin belajar serta kawal progres pembelajarannya sendiri.

Belajar ikut masa sendiri

Susun masa belajar anda sendiri mengikut keperluan dan kesesuaian masa lapang sendiri.

Video dan nota interaktif

Koleksi video dan nota interaktif tersedia untuk peserta buka sebagai rujukan pembelajaran.

Penilaian kendiri

Semak kefahaman pembelajaran dengan soalan kuiz atau penilaian yang disediakan.

Kumpul sijil kemahiran

Tambah nilai resume anda dengan koleksi sijil kemahiran kreatif daripada UNI Sifoo.com.
TESTIMONIAL

Apa kata peserta tentang kursus kami?

Trainer yg sangat berkualiti dan konten pengajaran adalah sangat bagus. Mereka tahu dan jelas dengan apa yang disampaikan mereka.
Moga terus sukses dan berjaya!!
Ruzaini Zamri
Saya memang berpuas hati dengan kursus After Effects. Sangat membantu untuk designer beginner macam saya. Tak sabar nak join level selanjutnya!
Hazim Ismail
Tercari-cari sumber pembelajaran yang efektif dan terkini? Disinilah tempatnya, luangkan masa dan sedikit pelaburan. Nescaya, ilmu pasti milik anda.
Firdauz Abdullah

Soalan Lazim

Apa Sebenarnya Self-Learning di SIFOO.COM?

SIFOO.COM adalah platform kursus online yang dikendalikan oleh team Sifoo.com. Semua kursus yang disediakan di sini boleh diakses melalui online.

Apa kursus yang saya boleh sertai?

Kursus-kursus yang disediakan adalah di dalam bidang kreatif seperti reka grafik dan multimedia serta produksi konten digital. Anda akan belajar bukan sahaja tentang teori dan teknik asas sahaja, malah meliputi teknik spesifik, teknologi terkini serta panduan berguna. Anda akan belajar secara terus dengan tenaga pengajar secara online.

Apa kelebihan yang Sifoo.com tawarkan berbanding platform online yang lain?

Tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang kreatif multimedia. Bahasa pengantaraan adalah Bahasa Melayu yang santai. Kandungan utama pembelajaran akan dipersembahkan dalam format video yang lengkap dengan arahan audio, demo pada skrin dan contoh latihan yang jelas. Terdapat juga bahan-bahan pembelajaran yang dipersembahkan dalam format slaid, imej, teks, links dan audio.

Bagaimana cara untuk saya sertai kursus?

Anda boleh memilih dan mendaftarkan diri dalam tajuk kursus yang diingini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Setelah anda mendapat akses ke dalam kursus tersebut, anda terus boleh mula belajar. Mengikut masa anda sendiri. Pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Apakah saya akan mendapat sijil?

Ya. Untuk kursus berbayar, terdapat sijil digital untuk peserta yang berjaya menyelesaikan keseluruhan topik pembelajaran dalam setiap kursus. Sijil digital boleh didownload dan dicetak sendiri oleh peserta.

Jemput kami ke tempat anda!

SIFOODOTCOM sedia mengendalikan kursus di tempat anda (on-site), sesuai dengan matlamat dan spesifikasi organisasi anda. Anda pilih tajuk dan tarikh, kami datang ke tempat anda!
Ingin berbincang? Hubungi kami:
Created with