Ramadan biasanya padat dengan program dan hebahan, jadi poster perlu dihasilkan dengan cepat tanpa nampak “asal siap”. Dalam Ramadan Creative Sprint ini, anda akan belajar flow kerja poster yang realistik dan mudah diulang guna.
Kita mula dengan membina kandungan dan struktur visual yang jelas, kemudian susun layout menggunakan grid dan alignment supaya poster nampak kemas. Selepas itu, kita masuk fasa kemasan—tipografi, warna, kontras dan elemen visual—untuk menjadikan poster lebih kuat dan senang dibaca.
Sepanjang sesi, anda akan buat hands-on menggunakan Canva untuk menyiapkan sekurang-kurangnya 1 poster lengkap termasuk variasi saiz mengikut platform. Anda juga akan belajar teknik semakan akhir dan eksport yang betul supaya bahan hebahan terus boleh digunakan oleh organisasi.
Di akhir kursus ini, peserta akan mampu untuk:
- Menghasilkan poster menggunakan flow kerja tersusun dari draf, kemasan, hingga eksport siap guna.
-
Mengaplikasikan hierarchy, grid, alignment dan spacing untuk susun atur yang kemas dan jelas.
-
Menyiapkan 1 poster lengkap serta variasi saiz untuk platform berbeza dengan teknik semakan akhir.
- Individu yang mengurus hebahan program, aktiviti atau jemputan
-
Staf komunikasi/PR dan pentadbir media sosial
-
Urus setia majlis, kelab, persatuan, NGO atau komuniti
-
Peniaga kecil yang menghasilkan promosi sendiri
-
Sesiapa yang mahu hasilkan poster kemas tanpa software design yang berat
- Bahasa Malaysia
- Belajar sendiri / Self-Learning melalui video
- Pendekatan 80% latihan praktikal dan 20% teori
- Umur: 15 tahun ke atas.
-
Kemahiran komputer dan internet asas.
-
Boleh mengurus fail (upload, download, simpan) dengan baik.
-
Boleh membaca Bahasa Melayu asas dan memahami English asas (istilah Canva).
-
Mempunyai akaun Canva (percuma memadai) dan e-mel aktif.
Suraiya Hani Zamari (Sue Madu)
Suraiya Hani bte Zamari ialah pakar reka bentuk grafik dengan lebih 14 tahun pengalaman dan kini berkhidmat sebagai Pereka Grafik di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di samping aktif sebagai pendidik kreatif. Beliau memiliki pensijilan Train The Trainer (TTT) daripada INTAN serta diiktiraf di peringkat global sebagai Canvassador Class of 2026 dan Skolar Certified Canva Trainer. Melalui pengalaman teknikal yang luas dan kepakaran dalam AI generatif, beliau telah melatih ramai peserta dalam penggunaan Canva dan Affinity, dengan komitmen tinggi memperkasakan bakat baharu dalam bidang komunikasi visual profesional.