Kursus ini membimbing peserta menghasilkan logo yang kemas dan fleksibel kerana dibina dalam format vector, sesuai untuk dokumen rasmi, papan tanda dan digital.
Anda akan ikut flow kerja: bina bentuk melalui shapes, gabung menggunakan operasi boolean, kemaskan dengan pen tool dan node editing, kemudian sediakan variasi logo untuk pelbagai kegunaan.
Peserta menggunakan Affinity Designer untuk memastikan hasil “clean vector” melalui grid, alignment, konsistensi stroke, serta eksport fail standard (SVG/PDF/PNG).
Di akhir kursus ini, peserta akan mampu untuk:
- Membina logo vector ringkas menggunakan shapes, boolean dan pen tool.
-
Mengaplikasikan grid, alignment dan kemasan curves untuk hasil lebih bersih.
-
Menyediakan variasi logo dan mengeksport fail standard untuk print dan digital.
- Pereka kandungan organisasi
-
Staf komunikasi/PR dan pemasaran
-
Urus setia program yang perlukan identiti ringkas
-
Usahawan mikro yang bina branding sendiri
-
Pentadbir media sosial yang perlukan aset vector
- Bahasa Malaysia
- Belajar sendiri / Self-Learning melalui video
- Pendekatan 80% latihan praktikal dan 20% teori
- Umur: 15 tahun ke atas.
-
Kemahiran komputer dan internet asas.
-
Boleh urus fail (save, export, folder) dengan baik.
-
Boleh membaca BM asas dan memahami English asas (menu aplikasi).
-
Perisian Affinity tersedia dan berfungsi.
Suraiya Hani Zamari (Sue Madu)
Suraiya Hani bte Zamari ialah pakar reka bentuk grafik dengan lebih 14 tahun pengalaman dan kini berkhidmat sebagai Pereka Grafik di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di samping aktif sebagai pendidik kreatif. Beliau memiliki pensijilan Train The Trainer (TTT) daripada INTAN serta diiktiraf di peringkat global sebagai Canvassador Class of 2026 dan Skolar Certified Canva Trainer. Melalui pengalaman teknikal yang luas dan kepakaran dalam AI generatif, beliau telah melatih ramai peserta dalam penggunaan Canva dan Affinity, dengan komitmen tinggi memperkasakan bakat baharu dalam bidang komunikasi visual profesional.