Kursus ini membantu peserta menghasilkan lagu ringkas menggunakan AI, sesuai untuk konten kreatif Ramadan seperti teaser, ucapan, dan video pendek.
Anda akan ikut flow kerja: pilih genre dan mood, susun struktur lagu (intro, verse, chorus), kemudian bina prompt muzik yang jelas untuk kawal vibe dan instrumen.
Peserta menggunakan Suno untuk menjana draf lagu, melakukan iterasi chorus dan susunan, serta mengurus versi output untuk perkongsian yang tersusun.
Sprint 4 jam Suno: pilih genre dan mood, bina struktur lagu, tulis lirik ringkas, jana beberapa draf, buat iterasi chorus, dan eksport audio untuk perkongsian.
Di akhir kursus ini, peserta akan mampu untuk:
- Menetapkan genre, mood dan struktur lagu ringkas yang konsisten.
-
Menulis prompt dan lirik ringkas untuk menghasilkan draf lagu yang menepati tema.
-
Menyiapkan satu lagu pilihan beserta variasi, dan mengeksport audio untuk dikongsi.
- Content creator organisasi
-
Pentadbir media sosial
-
Urus setia program yang perlukan audio ringkas
-
Guru/jurulatih aktiviti kreatif
-
Usahawan kecil untuk konten promosi
- Demo idea → struktur → prompt → iterasi, peserta ikut secara live.
-
Hands-on menghasilkan beberapa draf dan memilih versi terbaik.
-
Tips pantas: template prompt, teknik chorus, pengurusan versi fail.
- Umur: 15 tahun ke atas.
-
Kemahiran komputer dan internet asas.
-
Boleh urus fail audio (download, simpan) dengan baik.
-
Boleh membaca BM asas dan memahami English asas (istilah platform).
-
E-mel aktif untuk log masuk.
Imran Abdul Jabar
Imran Abdul Jabar merupakan seorang usahawan teknologi, penceramah, dan pakar pemasaran digital yang dikenali di Malaysia. Beliau ialah pengasas Sifoo.com, sebuah platform pembelajaran dalam talian yang memberi tumpuan kepada bidang reka bentuk grafik, multimedia, dan pemasaran digital.
Dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam industri kreatif dan teknologi, beliau aktif berkongsi ilmu melalui seminar, kursus, dan media sosial. Melalui pendekatan latihan yang praktikal, beliau telah membantu ramai individu dan organisasi menguasai kemahiran digital bagi menyesuaikan diri dan berkembang dalam era teknologi moden.