CapCut Mobile 2025 ialah salah satu aplikasi penyuntingan video yang paling mesra pengguna, membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan video berkualiti tinggi tanpa perlu pengalaman teknikal yang mendalam. Dengan antara muka yang intuitif dan pelbagai ciri menarik, CapCut menjadi pilihan utama bagi content creator, peniaga online, serta individu yang ingin menghasilkan video menarik dengan mudah.
Dalam kursus ini, anda akan belajar cara menggunakan CapCut dari asas hingga ke tahap yang lebih kreatif. Anda akan didedahkan dengan pelbagai teknik penyuntingan seperti pemotongan video, penambahan muzik, teks animasi, efek khas, serta cara menghasilkan video berkualiti tinggi untuk media sosial. Setiap pelajaran disusun secara sistematik dan dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami.
Kursus ini direka khas untuk beginner yang ingin menguasai CapCut tanpa perlu menghadap tutorial yang panjang dan membosankan. Dengan pendekatan praktikal sebanyak 80%, anda akan terus mempraktikkan setiap teknik yang dipelajari supaya anda dapat menghasilkan video yang menarik dalam masa yang singkat!
Di akhir kursus ini, peserta akan mampu untuk:
- Memahami antara muka dan fungsi asas CapCut Mobile 2025
- Melakukan penyuntingan asas seperti potong, susun, dan gabung klip video
- Menambah muzik, teks animasi, dan kesan khas dalam video
- Menggunakan efek transisi untuk menjadikan video lebih menarik
- Mengeksport video berkualiti tinggi untuk media sosial
- Beginner yang ingin belajar edit video dengan mudah
- Peniaga online yang ingin menghasilkan video promosi yang menarik
- Content creator di TikTok, Instagram, dan YouTube
- Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan video berkualiti tinggi
- Bahasa Malaysia
- Belajar sendiri / Self-Learning melalui video
- Kursus ini akan dijalankan dengan pendekatan 80% latihan praktikal dan 20% teori
- Mempunyai telefon pintar dengan aplikasi CapCut Mobile 2025
- Minat untuk belajar penyuntingan video
Syamiroul Azizi Samsuri
Sepanjang pengajian, beliau lebih minat terhadap animasi menggunakan perisian Macromedia Flash. Namun setelah tamat Latihan Industri di Sifoo.com, beliau telah didedahkan dengan kepentingan video dalam media sosial dan ditawarkan jawatan Video Editor (2016). Dengan ilmu dan asas multimedia serta minat terhadap animasi, beliau mula melibatkan diri dalam Adobe After Effects.
Selain itu juga beliau turut menjadi pembantu tenaga pengajar sebelum diserap menjadi tenaga pengajar pada tahun 2017. Kini sebagai Junior Media Executive, beliau turut mencipta konten di media sosial Sifoo.com.