Dalam dunia digital yang sentiasa pantas, konten media sosial yang menarik adalah kunci untuk menonjol. Namun, ramai yang rasa terbeban dengan keperluan teknikal atau kekurangan masa dan idea. Kursus ini direka untuk anda yang mahu mencipta konten kreatif dengan mudah dan berkesan.
Dengan menggunakan Canva dan beberapa alat AI sokongan, anda akan mempelajari cara menghasilkan poster, carousel, video pendek dan copywriting yang menyentuh emosi audiens. Segalanya boleh dilakukan walaupun tanpa latar belakang rekaan atau penulisan profesional.
Peserta akan dipandu langkah demi langkah secara praktikal — dari membina idea sehingga menghasilkan konten yang siap dimuat naik ke media sosial. Anda akan pulang dengan keyakinan, kemahiran, dan portfolio konten yang anda cipta sendiri.
Di akhir kursus ini, peserta akan mampu untuk:
Menghasilkan copywriting media sosial berimpak tinggi menggunakan Canva Write dan ChatGPT.
-
Merekabentuk poster dan carousel visual menggunakan Canva Templates dan AI Tools secara kreatif dan selaras jenama.
-
Menulis dan menyusun skrip serta naratif video untuk pelbagai platform.
-
Menghasilkan video pendek profesional termasuk teks, animasi, dan narasi audio.
-
Menggunakan alat AI seperti ImageFX, Whisk, dan MusicFX untuk memperkayakan konten.
-
Membina set konten lengkap (copywriting, grafik, video) sebagai portfolio akhir.
2 September 2025
Asas (Pengenalan)
- Social Media Executive / Officer
- Marketing Executive / Officer
- Content Creator
- Digital Marketing Specialist
- Business Owner / Founder
- Educator / Trainer
- Corporate Communication Executive
- Freelancer dalam bidang konten digital
- Bahasa Malaysia
- Pendekatan 80% latihan praktikal dan 20% teori
Berumur antara 18 hingga 55 tahun
-
Mempunyai asas penggunaan komputer dan internet
-
Mempunyai akaun Canva (percuma atau Pro)
-
Membawa laptop sendiri dan fon kepala (jika bersemuka)
-
Bersedia mengikuti latihan secara intensif
Canva (Write, Templates, Editor, Magic Studio)
-
ChatGPT
-
Google ImageFX
-
Google Whisk
-
Google MusicFX
-
ElevenLabs Voice Generator
Imran Abdul Jabar
Imran Abdul Jabar ialah seorang usahawan teknologi, penceramah, dan pakar pemasaran digital yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan pengasas Sifoo.com, sebuah platform pembelajaran dalam talian yang memfokuskan kepada reka bentuk grafik, multimedia, dan pemasaran digital. Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam industri kreatif dan teknologi, Imran aktif dalam berkongsi ilmu melalui seminar, kursus, dan media sosial, membantu individu dan perniagaan menguasai kemahiran digital untuk berkembang dalam era moden.