Kursus Reka Bentuk Grafik Untuk Media Digital dan Percetakan Adobe Photoshop (Tahap 2) - telah berjaya dilangsungkan pada 8-10 Mac 2023 untuk kakitangan Akadami Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Kursus ini adalah kesinambungan daripada tahap 1 bagi menghasilkan reka grafik yang lebih kreatif dan tingkatkan kemahiran editing gambar.
Maklumat Kursus:
Tajuk: Reka Bentuk Grafik Untuk Media Digital dan Percetakan Adobe Photoshop (Tahap 2)
Tarikh: 8-10 Mac 2023
Masa: 8:30 pagi - 5 petang
Tempat: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)
Peserta: 15 orang
Tenaga Pengajar: Imran Abdul Jabar (@imranabduljabar)
Pembantu: Syafiq Azman (@inisyafiqazman)
Ulasan Kursus:
- mengendalikan Photoshop bagi menghasilkan reka grafik.
- memahami keperluan serta tatacara penghasilan reka grafik.
- menghasilkan rekaan grafik seperti web banner, cover buku dan poster pada peringkat asas hingga pertengahan
Secara keseluruhannya, peserta dapat mengikuti topik-topik yang disampaikan dalam sesi satu hari ini. Ada juga peserta yang minta slot tambahan untuk membantu beliau memahami lebih lanjut tentang Brush Tool, Selection Tool dan banyak lagi.
Foto Sepanjang Kursus:
Maklumbalas Peserta:
Secara keseluruhan para peserta memaklumkan bahawa mereka sangat seronok dapat mempelajari pelbagai jenis editing gambar berserta tips-tips shortcut untuk mudahkan kerja editing.
Mereka juga merasakan banyak perkara baharu yang dipelajari sepanjang sesi kursus yang mungkin tidak boleh dipelajari daripada Youtube sahaja.