Oct 6 • SIFOO.com

Kursus Reka Jersi Sublimation: Adobe Illustrator & Photoshop di ILP Kuala Lumpur

Laporan Kursus Reka Jersi Sublimation: Adobe Illustrator & Photoshop di ILP Kuala Lumpur

📅 Tarikh: 27–29 Ogos 2025
📍 Lokasi: ILP Kuala Lumpur
👥 Jumlah Peserta: 13 orang
🎓 Trainer: Ts. Batholullah Aziz
🛠️ Pembantu Trainer: Syamiroul Azizi Samsuri
Foto Sepanjang Kursus - https://facebook.com/tr.sifoodotcom

Pengenalan Kursus - Seni Reka Jersi yang Menyerlah di Padang dan Skrin

Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dalam menghasilkan reka bentuk jersi sukan menggunakan dua perisian profesional iaitu Adobe Illustrator dan Photoshop. Ia direka khusus bagi memenuhi keperluan industri sublimation printing, memfokus kepada aspek teknikal serta elemen visual dalam reka jersi. Kaedah pembelajaran berbentuk hands-on, latihan praktikal dan tunjuk ajar satu-persatu memastikan peserta benar-benar menguasai kemahiran yang dipelajari.

Pengisian Kursus - Dari Idea ke Reka Bentuk Sedia Cetak

epanjang tiga hari kursus, peserta diberi pendedahan komprehensif tentang proses reka bentuk jersi – daripada konsep awal, pembangunan mockup, hingga kepada penyediaan fail sedia cetak untuk kilang. Hari ketiga diserikan lagi dengan sesi lawatan industri ke kilangbuatbaju.com di Semenyih bagi melihat sendiri proses cetakan sublimation secara profesional.

Asas dan prinsip reka bentuk jersi sukan
Penggunaan Adobe Illustrator untuk vektor jersi
Teknik manipulasi visual dalam Adobe Photoshop
Penyediaan mockup realistik dan persembahan rekaan
Format fail & persediaan artwork untuk cetakan
Sesi site-visit: Lawatan ke kilang sublimation printing
Diskusi teknikal bersama pengurus produksi kilang

Kursus ini membuka mata peserta terhadap potensi besar industri sublimation tempatan dan memberi mereka keyakinan untuk menghasilkan reka bentuk jersi yang lebih berkualiti dan bersedia untuk dicetak secara profesional.


Objektif Kursus: Apa yang Peserta Pelajari?

Berikut ialah kemahiran utama yang peserta kuasai selepas menyertai kursus ini:

  • ✅ Membina reka bentuk jersi sukan menggunakan Adobe Illustrator

  • ✅ Menyusun elemen grafik secara kemas dan profesional

  • ✅ Menggabungkan Photoshop untuk efek visual dan mockup

  • ✅ Menyediakan fail mesra-kilang dengan spesifikasi teknikal tepat

  • ✅ Memahami aliran kerja sebenar dalam proses cetakan sublimation

  • ✅ Mengetahui cabaran dan solusi teknikal dalam produksi jersi

Dengan kemahiran ini, peserta bukan sahaja mampu mereka jersi yang menarik tetapi juga dapat berkomunikasi dengan lebih efektif bersama pihak kilang atau klien mereka.

Suasana & Maklum Balas Peserta

Kursus berlangsung dalam suasana yang sangat interaktif dan fokus. Peserta aktif bertanya, berbincang dan menunjukkan minat mendalam dalam bidang reka jersi, terutamanya selepas sesi lawatan ke kilang sublimation.
🗣️ “Ilmu baru yang sangat praktikal, paling best bila dapat tengok proses cetak sebenar di kilang!”– En. Syaiful

🗣️ “Saya sekarang lebih yakin untuk buat jersi untuk team sekolah & club – dah tahu step-by-step.”
– Pn. Anis Marhainy binti Mohd
🗣️ “Trainer sangat berpengalaman, bagi tunjuk ajar jelas dan mudah faham walaupun saya baru belajar Illustrator.” – En. Badrul Hisham bin Saadon

🗣️ “Seronok belajar dalam kumpulan kecil, lebih fokus dan semua dapat perhatian.”  En. Ganesan a/l V. Murugesu

🗣️ “Lawatan ke kilang tu memang highlight utama – baru nampak kenapa setting fail tu penting.”  Pn. Siti Hajar binti Mohd Sharif
Maklum balas yang diterima membuktikan kursus ini sangat relevan dan memberi nilai tambah kepada peserta dalam tugasan harian mereka.

Ulasan Team Tenaga Pengajar SDC

Peserta kursus menunjukkan semangat yang sangat tinggi untuk belajar dan mempraktikkan ilmu dalam bidang reka jersi. Lawatan ke kilang printing berjaya memberikan mereka gambaran sebenar tentang industri dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan sebagai pereka yang berpengetahuan teknikal. Satu pengalaman yang bermakna buat semua.

Ts. Bat Aziz, Tr. SDC

NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK STAF ANDA? JOM BUAT KURSUS DI TEMPAT ANDA! 

Dalam dunia digital yang bergerak pantas, kemahiran reka bentuk visual dan video menjadi semakin penting. Dengan menguasai kemahiran ini, pasukan anda boleh menghasilkan kandungan kreatif yang lebih profesional dan menarik perhatian audiens. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran digital organisasi anda!

Bayangkan jika pasukan anda mampu mencipta kandungan visual berkualiti tinggi tanpa bergantung pada pihak luar. Menarik, kan?

✅ Latihan hands-on & interaktif
✅ Disesuaikan mengikut keperluan organisasi anda 
✅ Boleh dijalankan terus di lokasi anda!

Jadikan staf anda lebih mahir, lebih kreatif, dan lebih produktif dalam dunia digital. Kami bersedia membantu anda!

📩 Hubungi kami hari ini untuk berbincang tentang keperluan kursus di tempat anda!

Dapatkan info penuh & daftar sekarang:

www.sifoo.com/kursus-onsite

Empty space, drag to resize

Sifoo.com

Follow akaun media sosial kami yang lain:

Kami sedia menerima jemputan ke tempat anda, di mana sahaja!

Pengendalian kursus yang berkesan menjadi keutamaan. Kami sedia sesuaikan objektif setiap tajuk kursus bagi mencapai hasrat organisasi untuk meningkatkan produktiviti modal insan.
Ingin berbincang? Hubungi kami:
Dicipta dengan