SIFOO.com

Kursus Power Basic - Adobe Illustrator | 12 FEB 2023

Kursus Power Basic - Adobe Illustrator telah berjaya dilangsungkan pada 12 Februari 2023 di Sifoodotcom Training Center, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kursus ini sesuai untuk sesiapa yang baru nak bermula menggunakan Adobe Illustrator. Power Basic bermaksud peringkat asas tetapi sesuai untuk mula hasilkan karya asas.

Maklumat Kursus:

Tajuk: Power Basic - Adobe Illustrator
Tarikh: 12 Februari 2023
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: SIFOODOTCOM Training Center, Sg. Besi, Kuala Lumpur
Peserta: 6 orang
Pengajar: Imran Abdul Jabar

Ulasan Kursus:

Alhamdulillah kursus Power Basic - Adobe Illustrator ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang datang dari sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong dan ada juga seorang dari Melaka. Sesi bermula dari jam 9 pagi dengan pengenalan asas tentang grafik vektor, Adobe Illustrator serta penggunaannya.

Topik yang dibentangkan sepanjang kursus merangkumi:
  • Tetapkan Paparan Workspace yang Paling Sesuai
  • Kenali Tools dan Panels Asas
  • Fahami Flow Kerja Lazim Dalam Illustrator
  • Teknik Menghasilkan Elemen Vektor
  • Mengeksport Elemen Vektor
  • Teknik Menghasilkan Layout Grafik - Poster Promosi
  • Bonus: Perkongsian Sumber Elemen Vektor Di Internet
  • Mengeksport Layout Grafik


Secara keseluruhannya, peserta dapat mengikuti topik-topik yang disampaikan dalam sesi satu hari ini. Ada juga peserta yang minta slot tambahan untuk membantu beliau memahami lebih lanjut tentang Pen Tool. 

Foto Sepanjang Kursus:

 Album penuh kursus boleh dilihat di fb.com/sifoo.training

Maklumbalas Peserta:

Secara keseluruhan para peserta memaklumkan bahawa mereka mula memahami teknik asas menggunakan Adobe Illustrator untuk menghasilkan asas lukisan vektor dan susunan layout grafik. 

Mereka juga faham cara menggunakan beberapa tools asas dalam Adobe Illustrator. Dan, ada juga yang mendapat inspirasi untuk lebih berkeyakinan dalam menyediakan servis design kepada pelanggan.

Empty space, drag to resize

Sertai Kursus SIFOODOTCOM:

Self-Learning (SL)

  Belajar sendiri dari bahan video, nota dan latihan yang disediakan.

Open F2F
(OF)

  Sertai kursus besemuka secara terbuka di pusat latihan kami di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Live Online (OL)

  Kursus live online melalui aplikasi zoom. Sesuai untuk peserta dari serta Malaysia.

On-Site
(OS)

  Jemput team kami untuk kendalikan kursus di premis organisasi anda.

#SIFOODOTCOM

Follow akaun media sosial kami yang lain:

Created with