Kursus Multimedia - OBS & vMix untuk Tayangan Skrin dan Penstriman di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Laporan Kursus Multimedia - OBS & vMix di KKDW
📍 Lokasi: Makmal GIS, KKDW, Putrajaya
👥 Jumlah Peserta: 20 orang
🎓 Trainer: En. Rithauddin bin Che Mat (Cik Din)
🛠️ Pembantu Trainer: Mirul
Coach CikDIn membuka kursus “Multimedia - OBS & vMix ” di makmal GIS, KKDW.
Coach CikDin memberi bimbingan langsung pada peserta.
Peserta diberi penerangan tentang flow MCP.
Latihan penggunaan perisian OBS dan vMix.
Peserta bersama-sama membuat tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar.
Sesi penutup dan bergambar.
Pengenalan Kursus - Penstriman Lebih Profesional Bermula di Sini!
Pengisian Kursus - Dari Skrin Kosong ke Siaran Langsung!
Kursus selama dua hari ini padat dengan ilmu teknikal dan praktikal. Peserta dibimbing langkah demi langkah untuk menyediakan sistem tayangan yang stabil dan menarik.
✅ Pengenalan OBS Studio & vMix – Fungsi, kelebihan dan perbezaan
✅ Setting asas untuk penstriman: Input, Output, Scenes dan Sources
✅ Penggunaan chroma key (green screen) untuk visual interaktif
✅ Kawalan audio dan integrasi dengan mikrofon atau mixer
✅ Multicam & switching antara pelbagai sumber video
✅ Overlay grafik seperti lower third, ticker dan countdown
✅ Simulasi penstriman langsung ke platform seperti Facebook Live & YouTube
Latihan ini memberi keyakinan kepada peserta untuk mengendalikan siaran langsung dalaman seperti majlis rasmi, taklimat dan bengkel hibrid dengan lebih lancar dan menarik.
Objektif Kursus: Apa yang Peserta Pelajari?
Setelah menghadiri kursus ini, peserta dapat:
-
Menguasai asas penggunaan OBS Studio dan vMix untuk tayangan dan penstriman
-
Menyediakan susun atur paparan (layout) profesional dengan visual dinamik
-
Menggunakan overlay, green screen dan audio secara efektif dalam siaran langsung
-
Mengurus sumber video dari kamera, screen share dan media berbeza secara serentak
-
Menguruskan siaran langsung secara teknikal tanpa memerlukan juruteknik luar
Kursus ini memberi nilai tambah besar kepada peranan komunikasi dan dokumentasi dalam organisasi.
Suasana & Maklum Balas Peserta
Ulasan Team Tenaga Pengajar SDC
Kursus ini sangat bermakna kerana dapat memberi pendedahan sebenar kepada peserta tentang dunia penstriman langsung yang semakin penting dalam penyampaian organisasi. Peserta dari KKDW menunjukkan kesungguhan belajar yang tinggi walaupun ramai antara mereka pertama kali menggunakan OBS dan vMix. Dengan latihan seperti ini, staf kerajaan dapat menghasilkan siaran dalaman yang lebih profesional tanpa bergantung pada vendor luar.
– En. Rithauddin (Cik Din), Tr. SDC
NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK STAF ANDA? JOM BUAT KURSUS DI TEMPAT ANDA!
Bayangkan jika pasukan anda mampu mencipta kandungan visual berkualiti tinggi tanpa bergantung pada pihak luar. Menarik, kan?
✅ Latihan hands-on & interaktif
✅ Disesuaikan mengikut keperluan organisasi anda
Jadikan staf anda lebih mahir, lebih kreatif, dan lebih produktif dalam dunia digital. Kami bersedia membantu anda!
📩 Hubungi kami hari ini untuk berbincang tentang keperluan kursus di tempat anda!
Dapatkan info penuh & daftar sekarang:
Sifoo.com
- TikTok - tiktok.com/@sifoodotcom
- Instagram - instagram.com/sifoodotcom
- Facebook - facebook.com/sifoodotcom
- Youtube - youtube.com/sifoodotcom
- Whatsapp - whatsapp channel
Hubungi kami
-
010-8429643
-
03-90546897
-
kursus@sifoo.com
-
5-2, Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.