Sep 17 • SIFOO.com

Kursus Penciptaan Konten Kreatif Media Sosial dengan Canva di Sifoo Training Center

Laporan Kursus Generative AI dalam Reka Bentuk, Foto & Video di MOSTI

📅 Tarikh: 2 – 4 September 2025
📍 Lokasi: Sifoo Art & Multimedia Training Center, Lake Fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur
👥 Jumlah Peserta: 6 orang
🎓 Trainer: Imran Abdul Jabar
🛠️ Pembantu Trainer: Azwan
Foto Sepanjang Kursus - https://facebook.com/tr.sifoodotcom

Pengenalan Kursus - Cipta Konten Hebat Tanpa Tekanan

Dalam dunia digital yang sentiasa pantas, konten media sosial yang kreatif dan menarik adalah kunci untuk menonjol di hadapan audiens. Namun, ramai berdepan cabaran kekurangan masa, idea, atau kemahiran teknikal.

Kursus ini direka khusus untuk membantu peserta menghasilkan poster, carousel, video pendek dan copywriting yang menyentuh emosi audiens – dengan mudah dan berkesan menggunakan Canva serta beberapa alat AI sokongan.

Peserta dipandu secara hands-on, langkah demi langkah, dari membina idea sehingga menghasilkan konten siap untuk dimuat naik ke media sosial. Hasilnya, mereka pulang bukan sekadar dengan ilmu, tetapi juga keyakinan, kemahiran dan portfolio konten ciptaan mereka sendiri.

Pengisian Kursus - Canva + AI: Kuasa Kreatif Baru

Sepanjang tiga hari, kursus ini menyatukan asas copywriting, reka bentuk grafik, penyediaan visual AI, hingga ke penghasilan video pendek. Gabungan Canva dengan sokongan AI menjadikan proses pembelajaran lebih pantas, menyeronokkan dan relevan dengan trend semasa.

✅ Asas Copywriting Berimpak Tinggi
penulisan berfokus hasil menggunakan Canva Write & ChatGPT
 
✅ AI sebagai Penulis Pembantu 
menggunakan ChatGPT untuk idea, struktur & personalisasi gaya tulisan

Reka Bentuk Naratif Visual
menulis skrip, naratif & caption untuk video serta posting media sosial

Reka Grafik dengan Canva
poster promosi profesional menggunakan Canva Templates & Magic Studio

Carousel yang Memikat
reka bentuk siri carousel yang konsisten & sesuai untuk pelbagai platform

Visual Unik dengan AI
ciptaan imej asli menggunakan Google ImageFX, Whisk & SMARTICO prompt

Penyediaan Aset Video
rakaman mudah dengan smartphone & AI tools seperti Google Veo, MusicFX & ElevenLabs Voice Generator

Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan set konten lengkap – dari copywriting hingga video – dalam bentuk portfolio yang boleh terus digunakan selepas kursus. 

Objektif Kursus: Apa yang Peserta Pelajari?

Di akhir kursus, peserta berupaya untuk:

  • Menghasilkan copywriting berimpak tinggi menggunakan Canva Write & ChatGPT.
  • Merekabentuk poster & carousel visual kreatif selaras dengan identiti jenama.
  • Menulis & menyusun skrip naratif video untuk pelbagai platform media sosial.
  • Menghasilkan video pendek profesional dengan teks, animasi & audio narasi.
  • Menggunakan AI Tools (ImageFX, Whisk, MusicFX, ElevenLabs) untuk memperkayakan konten.
  • Membina portfolio konten lengkap (copywriting, grafik & video) sebagai hasil akhir kursus.

Suasana & Maklum Balas Peserta

Suasana kursus berlangsung dengan penuh fokus, interaktif dan santai. Peserta seronok mencuba sendiri, saling berkongsi idea dan menghasilkan karya mereka dengan bimbingan langsung daripada trainer. 2 orang dari Lembaga Pelabuhan Bintulu (Letter of Offer - LO), 4 orang dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (HRDC Claimable).
💬 “Secara jujur, saya sangat-sangat berpuas hati dengan kursus ini dan menepati segala kemahuan ilmu multimedia kreatif yang diperlukan.” Encik Ammar, Maahad Tahfiz Negeri Pahang
💬 “Pembelajaran yang mudah difahami dan menepati objektif pembelajaran.” – Encik Mohd Hisyamuddin, Lembaga Pelabuhan Bintulu
💬 “TERBAEK DAN TERIMA KASIH.” – Encik Azlan bin Wasli, Lembaga Pelabuhan Bintulu
Maklum balas yang diterima membuktikan kursus ini sangat relevan dan memberi nilai tambah kepada peserta dalam tugasan harian mereka.

Ulasan Team Tenaga Pengajar SDC

“Kursus ini berjaya memberikan impak yang besar walaupun bilangan peserta kecil. Mereka cepat menguasai penggunaan Canva dan AI Tools, serta mampu menghasilkan konten kreatif dalam masa singkat. Saya percaya peserta akan dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam organisasi masing-masing dengan lebih yakin.” — Imran Abdul Jabar, Tr. SDC

NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK STAF ANDA? JOM BUAT KURSUS DI TEMPAT ANDA! 

Dalam dunia digital yang bergerak pantas, kemahiran reka bentuk visual dan video menjadi semakin penting. Dengan menguasai kemahiran ini, pasukan anda boleh menghasilkan kandungan kreatif yang lebih profesional dan menarik perhatian audiens. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran digital organisasi anda!

Bayangkan jika pasukan anda mampu mencipta kandungan visual berkualiti tinggi tanpa bergantung pada pihak luar. Menarik, kan?

✅ Latihan hands-on & interaktif
✅ Disesuaikan mengikut keperluan organisasi anda 
✅ Boleh dijalankan terus di lokasi anda!

Jadikan staf anda lebih mahir, lebih kreatif, dan lebih produktif dalam dunia digital. Kami bersedia membantu anda!

📩 Hubungi kami hari ini untuk berbincang tentang keperluan kursus di tempat anda!

Dapatkan info penuh & daftar sekarang:

www.sifoo.com/kursus-onsite

Empty space, drag to resize

Sifoo.com

Follow akaun media sosial kami yang lain:

Kami sedia menerima jemputan ke tempat anda, di mana sahaja!

Pengendalian kursus yang berkesan menjadi keutamaan. Kami sedia sesuaikan objektif setiap tajuk kursus bagi mencapai hasrat organisasi untuk meningkatkan produktiviti modal insan.
Ingin berbincang? Hubungi kami:
Dicipta dengan