Kursus Design Like a Pro Using Canva di Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN)
Laporan Kursus Design Like a Pro Using Canva di Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN)
📍 Lokasi: Makmal Teknologi INSAN, Tingkat 1, Blok B, Wisma MUIS, Kota Kinabalu
👥 Jumlah Peserta: 33 orang
🎓 Trainer: Khairul Imran Zulkefly
🛠️ Pembantu Trainer: Burn
Coach Imran membuka kursus “Design Like a Pro” di makmal INSAN KK.
Coach Imran memberi bimbingan langsung pada projek reka bentuk peserta.
Peserta bersenam interaktif dipimpin Coach Imran, memupuk kreativiti dan semangat kerjasama.
Projek Presentation “Butter & Better”: palet warna & identiti jenama kreatif di Canva.
Peserta memperkenalkan carta organisasi pasukan mereka secara bergilir.
Sesi penutup dan bergambar.
Pengenalan Kursus - Reka Bentuk Visual Tanpa Batas
Sepanjang kursus, anda akan didedahkan kepada:
- Prinsip reka ePoster profesional
- Teknik storytelling dalam slaid kreatif
- Penggunaan elemen grafik & tipografi dinamik
- Penempatan imej, ikon dan ilustrasi berimpak
Aktiviti-aktiviti praktikal akan mempersiapkan anda untuk mencipta ePoster dan slaid pembentangan yang bukan sahaja menarik mata, tetapi juga menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan. Dengan modul intensif dan bimbingan hands-on, akan dapat merancang, mereka dan mempersembahkan bahan visual yang sesuai untuk pelbagai tujuan rasmi dan promosi.
Pengisian Kursus - Dari Asas ke Mahir dengan Canva
✅ Pengenalan Antaramuka & Reka Letak: Kenali toolbar, template dan cara menyesuaikan layout.
✅ Warna, Font & Styles: Teknik memilih palet warna, font kombinasi dan gaya tipografi.
✅ Elemen Media & Magic Write: Integrasi foto, video, grafik dan teks pintar Magic Write.
✅ Slaid Interaktif & Animasi: Menambah animasi, transisi dan efek visual.
✅ Visualisasi Data & Infografik: Cipta carta, infografik dan peta interaktif.
✅ Kolaborasi & Integrasi: Kerja berkumpulan secara online.
✅ Kaedah Pembentangan & Canva Live: Teknik presentasi berkesan menggunakan mod Live.
Setiap modul diakhiri dengan sesi Latih Amal untuk mempraktikkan pembelajaran.
Objektif Kursus: Apa yang Peserta Pelajari?
- Menguasai antaramuka Canva untuk reka bentuk slaid yang menarik.
- Mengaplikasikan prinsip reka letak, warna dan tipografi profesional.
- Meneroka Magic Write untuk meningkatkan kualiti kandungan teks.
- Menghasilkan infografik & visualisasi data yang jelas dan menarik.
- Bekerjasama dalam projek reka bentuk secara dalam talian.
- Mengintegrasi reka bentuk Canva & mod pembentangan.
Suasana & Maklum Balas Peserta
Berikut antara maklum balas menarik daripada peserta:
Ulasan Team Tenaga Pengajar SDC
Seronok melihat peserta cepat adapt dengan Canva. Keupayaan mereka untuk menghasilkan slaid profesional dalam masa singkat amat mengagumkan. Encik Burn memberikan sokongan teknikal yang lancar, memastikan setiap peserta dapat akses dan cuba semua fungsi.
– Khairul Imran Zulkefly, Tr. SDC
NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK STAF ANDA? JOM BUAT KURSUS DI TEMPAT ANDA!
Bayangkan jika pasukan anda mampu mencipta kandungan visual berkualiti tinggi tanpa bergantung pada pihak luar. Menarik, kan?
✅ Latihan hands-on & interaktif
✅ Disesuaikan mengikut keperluan organisasi anda
Jadikan staf anda lebih mahir, lebih kreatif, dan lebih produktif dalam dunia digital. Kami bersedia membantu anda!
📩 Hubungi kami hari ini untuk berbincang tentang keperluan kursus di tempat anda!
Dapatkan info penuh & daftar sekarang:
Kami boleh datang ke tempat anda, di mana sahaja.
Sifoo.com berdaftar sebagai penyedia latihan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
dan dengan Human Resource Development Corporation (HRDC)
Hubungi kami
-
010-8429643
-
03-90546897
-
kursus@sifoo.com
-
5-2, Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
