Kursus Application of Artificial Intelligence at Work bersama Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM)
Laporan Kursus Application of Artificial Intelligence at Work untuk Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM)
👥 Jumlah Peserta: 31 orang
🎓 Trainer: Ismail Abd Malek
🛠️ Pembantu Trainer: Burn
Pembukaan penuh semangat daripada Tn. Hj. Mohd Shukri.
Perkongsian inspirasi dan hala tuju daripada Encik Zulkhairi.
Ilmu AI mula mengalir dari Tn. Hj. Ismail kepada peserta.
Idea kreatif dikongsi aktif dalam perbincangan kumpulan.
Fokus sepenuhnya! Peserta tekun siapkan tugasan praktikal.
Sesi penutup dan bergambar.
Pengenalan Kursus – Kecerdasan Buatan sebagai Pemangkin Penjenamaan & Produktiviti Organisasi
Kursus ini direka untuk membantu peserta memahami bagaimana penjenamaan berkesan dapat diwujudkan melalui kandungan media kreatif yang relevan, menarik, dan selari dengan identiti organisasi. Peserta diterapkan dengan strategi penghasilan video yang efektif, memahami faktor keberkesanan kandungan di media sosial, serta menguasai teknik praktikal videografi, suntingan kreatif, dan penggunaan teknologi AI.
Melalui gabungan teori, perbincangan aktif, dan latihan praktikal, peserta bersedia untuk menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik, tetapi mampu meningkatkan pengaruh organisasi mereka di media sosial.
Pengisian Kursus - Modul Padat dan Praktikal
Setiap sesi dirangka berdasarkan keperluan semasa organisasi moden – merangkumi aspek komunikasi digital, kandungan visual, automasi data dan penyampaian berimpak tinggi, semuanya dengan bantuan Generative AI.
Antara topik utama yang dikuasai oleh peserta:
✅ Pengenalan AI & Generative AI: Apa itu AI, bagaimana ia berfungsi, dan aplikasinya dalam kerja harian.
✅ Prompting Efektif: Teknik menulis arahan (prompt) yang menghasilkan output berkualiti dari platform AI.
✅ Pembantu Peribadi AI: Menyusun idea, draf teks, e-mel rasmi, laporan dan tugasan lain dengan bantuan AI.
✅ AI untuk Analisis & Keputusan: Menggunakan AI reasoning model untuk membuat analisis, cadangan dan perbandingan.
✅ Penghasilan Kandungan Visual: Menjana imej, slaid dan infografik profesional menggunakan aplikasi seperti Tensor.art, Gamma, dan Napkin.
✅ Latihan Projek Praktikal: Setiap peserta menjalani tugasan sebenar berdasarkan skop kerja masing-masing – dibimbing secara langsung oleh tenaga pengajar.
Modul ini direka untuk memastikan pengalaman pembelajaran tidak statik – sebaliknya aktif, dua hala dan sangat relevan dengan keperluan kerja jabatan kerajaan hari ini.
Objektif Kursus: Apa yang Peserta Pelajari?
🎯 Memahami konsep dan aplikasi Generative AI dalam konteks kerja pejabat
🎯 Menggunakan AI sebagai pembantu peribadi untuk komunikasi, idea dan tugasan harian
🎯 Membina kandungan profesional menggunakan teknik advanced prompting dan format dokumen rasmi
🎯 Menggunakan AI reasoning model untuk analisis, perbandingan dan membuat keputusan
🎯 Menjana visual kreatif secara konsisten dengan pelbagai aplikasi AI
🎯 Menghasilkan slaid dan infografik menarik serta tersusun menggunakan AI seperti Gamma dan Napkin
Suasana & Maklum Balas Peserta
Ulasan Team Tenaga Pengajar SDC
“Kursus ini bukan sekadar memperkenalkan AI, tetapi membina keyakinan dan kesedaran tentang peranannya dalam dunia kerja moden. Para peserta menunjukkan minat yang tinggi dan berjaya menghasilkan tugasan berkualiti sepanjang sesi berlangsung.”
– Ismail Abd Malek, Tr. SDC
NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK STAF ANDA? JOM BUAT KURSUS DI TEMPAT ANDA!
✅ Sesuai untuk semua peringkat staf
✅ Latihan 100% praktikal & interaktif
✅ Bahan latihan terkini & boleh terus guna
✅ Disesuaikan mengikut keperluan jabatan
Jadikan staf anda lebih mahir, lebih kreatif, dan lebih produktif dalam dunia digital. Kami bersedia membantu anda!
📩 Hubungi kami hari ini untuk berbincang tentang keperluan kursus di tempat anda!
Dapatkan info penuh & daftar sekarang:
Kami boleh datang ke tempat anda, di mana sahaja.
Sifoo.com berdaftar sebagai penyedia latihan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
dan dengan Human Resource Development Corporation (HRDC)
Hubungi kami
-
010-8429643
-
03-90546897
-
kursus@sifoo.com
-
5-2, Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
