Feb 27 • SIFOO.com

Kursus Artificial Intelligence untuk Pemantapan Produktiviti Kerja di JPS Johor

Laporan Kursus Artificial Intelligence untuk Pemantapan Produktiviti Kerja di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor

📅 Tarikh: 24-26 Februari 2025
📍 Lokasi: Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
👥 Jumlah Peserta: 30 orang
🎓 Trainer: Ismail Abd Malek
🛠️ Pembantu Trainer: Abu Bakar Mohd Tajudin

Foto Sepanjang Kursus - https://facebook.com/tr.sifoodotcom

Artificial Intelligence untuk Pemantapan Produktiviti Kerja

📅 Tarikh: 24-26 Februari 2025
📍 Lokasi: Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
👥 Jumlah Peserta: 32 orang
🎓 Trainer: Ismail Abd Malek
🛠️ Pembantu Trainer: Abu Bakar Mohd Tajudin

Pengisian Kursus

Kursus ini menggabungkan sesi teori dan latihan praktikal bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara langsung.

Berikut adalah antara topik utama yang dikupas sepanjang kursus:
✅ Pengenalan kepada Artificial Intelligence (AI) & Generative AI
✅ Penggunaan ChatGPT untuk penjanaan idea, penulisan kreatif, dan penetapan format
✅ Latihan praktikal ChatGPT untuk penyelesaian tugasan harian
✅ Eksplorasi Canva untuk pembentangan dan penghasilan bahan visual
✅ Penggunaan Bing AI dan Tensor Art untuk menghasilkan imej berkualiti tinggi
✅ Pengenalan kepada Recraft AI untuk reka bentuk grafik kreatif
✅ Penghasilan video menggunakan Generative AI seperti Hailuo

Setiap sesi dipenuhi dengan demonstrasi serta latihan praktikal, membolehkan peserta meneroka dan mengasah kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi AI dengan lebih cekap.

Objektif Kursus: Apa yang Peserta Pelajari?

Menggunakan ChatGPT untuk menjana idea, penulisan, dan penetapan format secara lebih efisien
Memanfaatkan Bing AI untuk mencipta gambar berkualiti tinggi dan memperkukuh komunikasi visual
Menggunakan Canva untuk membangunkan pembentangan menarik dan video interaktif
Meneroka alat Generative AI lain seperti Jasper AI, Writesonic, dan Gamma AI untuk tugas kreatif
Menghasilkan kandungan video menggunakan Hailuo dan menyesuaikannya untuk pelbagai platform
Mengintegrasikan elemen visual AI ke dalam tugasan harian bagi meningkatkan produktiviti kerja

Suasana & Maklum Balas Peserta

Kursus ini menerima sambutan hangat daripada para peserta yang rata-rata teruja dengan keupayaan AI dalam membantu tugasan harian mereka. Suasana kursus berlangsung dalam keadaan yang interaktif dan penuh eksplorasi.
💬 "Best gila kursus. Banyak belajar benda baru pasal AI" - Peserta
💬 "Uish. Mula2 ingat ChatGPT ni biasa2 je. Rupanya macam2 lagi boleh buat untuk kerja" - Peserta
💬 "Wow, boleh tukar2 muka. Menarik!" - Peserta
💬 "Next kursus nak mintak kursus Google Sheet & ChatGPT" - Peserta

Ulasan Trainer SDC

"Peserta sangat komited, banyak tanya soalan walaupun ada cabaran akses internet tapi mereka tetap commit siapkan tugasan kursus. JPS Johor terbaik!" – Ts. Ismail Abd Malek, Tr.SDC
Kursus ini membuktikan betapa pentingnya AI dalam mempertingkatkan produktiviti kerja. Para peserta sangat bersemangat dan pantas menguasai alat-alat yang diperkenalkan. Kami berharap mereka dapat terus mengaplikasikan kemahiran ini dalam kerja seharian mereka.

NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK STAF ANDA? JOM BUAT KURSUS DI TEMPAT ANDA! 

Teknologi AI semakin berkembang, dan inilah masa terbaik untuk memanfaatkannya dalam penerbitan buku. Jika anda ingin meningkatkan kemahiran staf anda dalam bidang ini, kami boleh membantu!

Bayangkan jika pasukan anda mampu mencipta grafik AI untuk penerbitan buku tanpa bergantung pada pihak luar. Menarik, kan?

✅ Latihan hands-on & interaktif
✅ Disesuaikan mengikut keperluan organisasi anda
✅ Boleh dijalankan terus di lokasi anda!

Jadikan staf anda lebih mahir, lebih kreatif, dan lebih produktif dalam dunia digital. Kami bersedia membantu anda!

Hubungi kami hari ini untuk berbincang tentang keperluan kursus di tempat anda!

Dapatkan info penuh & daftar sekarang:

www.sifoo.com/kursus-onsite

Empty space, drag to resize

Sifoo.com

Follow akaun media sosial kami yang lain:

Kami sedia menerima jemputan ke tempat anda, di mana sahaja!

Pengendalian kursus yang berkesan menjadi keutamaan. Kami sedia sesuaikan objektif setiap tajuk kursus bagi mencapai hasrat organisasi untuk meningkatkan produktiviti modal insan.
Ingin berbincang? Hubungi kami:
Dicipta dengan