SIFOO.com
Fungsi Bleed Dalam Graphic Design
Apabila seseorang menyebut ‘bleed‘ semasa membuat reka grafik untuk cetakan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan? Apa itu bleed dan apakah peranan bleed semasa proses rekabentuk dan semasa proses cetakan? Kita cuba rungkaikan istilah ini untuk manfaat semua.
Apa Itu Bleed?
‘Bleed‘ adalah satu istilah dalam percetakan yang merujuk kepada cetakan di luar saiz kertas sebelum dipotong (trim). Dalam erti kata lain, bleed adalah ruangan yang bakal dipotong dan dibuang. Reka grafik atau warna latarbelakang dalam layout boleh ‘terkeluar’ daripada saiz kertas sehingga masuk ke ruangan bleed. Selepas ruangan bleed dipotong, rekabentuk layout akan terjamin daripada masalah ruangan tepi kertas tiada cetakan akibat kesilapan potongan.
Adakalanya, sudut kertas semasa memasuki mesin cetakan juga boleh menyebabkan terdapat ruangan tepi kertas yang tidak mendapat cetakan. Jadi, dengan melebihkan rekabentuk sehingga ke ruangan bleed boleh mengatasi masalah ini. Biasanya, imej latarbelakang, imej yang betul-betul diletakkan dihujung kertas dan warna latarbelakang (fill) yang akan disetkan sehingga ke bleed.
Istilah ‘full bleed’ merujuk kepada cetakan penuh dari hujung kertas ke hujung kertas tanpa ada ruang kosong tanpa cetakan (yang biasanya terdapat pada printer biasa – rumah atau ofis).
Perlukah Untuk Set Bleed?
Sebenarnya bleed hanya penting untuk cetakan jenis offset, di mana sebidang kertas yang besar digunakan dan kemudiannya akan dipotong mengikut saiz trim/crop mark.
Jika cetakan jenis digital seperti printer di rumah, di pejabat atau di kedai cetakan digital (fast print), bleed tidak perlu kerana selalunya kita guna saiz kertas yang sama dengan artwork. Contohnya nak print A4, kita masukkan kertas A4 dalam printer. Jadi, tiada ruangan ‘lebihan’ untuk dijadikan bleed area. Melainkan kita print artwork A4 atas kertas A3 dan kemudian, kita potong.

Bagaimana Nak Set Bleed?
Dalam Illustrator dan InDesign, kita boleh set saiz bleed semasa membuka fail baru. Lihat imej di atas.
Photoshop tidak mempunyai setting untuk bleed (kerana Photoshop bukanlah perisian yang khusus untuk layout design).
Tetapi, jika kita sudah biasa dengan melebihkan elemen rekaan dari saiz kertas, setting untuk bleed boleh juga dibuat sebelum menghantar artwork untuk cetakan. Kebanyakan artwork kini dihantar untuk cetakan dalam format PDF. Bleed boleh juga diset dalam PDF setting > Marks and Bleeds. Lihat imej di bawah.

Berapakah Saiz Bleed Yang Sesuai?
Bergantung kepada beberapa faktor. Lazimnya, saiz bleed yang digunakan adalah antara 2mm hingga 5 mm. Dalam kursus Sifoo, saya selalu cadangkan 3mm atau 5mm.
Ada juga kedai print yang mempunyai saiz bleed yang mereka tetapkan sendiri. Boleh tanya mereka sebelum hantar artwork untuk dicetak.
Ada juga kedai print yang mempunyai saiz bleed yang mereka tetapkan sendiri. Boleh tanya mereka sebelum hantar artwork untuk dicetak.
Printer Tak Boleh Print Penuh?
Cuba cetak artwork yang ‘full bleed’ di rumah atau di pejabat tapi tak berjaya? Pening kepala sebab dah cuba tukar saiz, tukar kertas, uninstall software dan macam-macam lagi? Hehe.
Jangan risau, komputer, software dan printer anda tak bersalah. Cuma anda perlu faham tentang printer margin iaitu ruang yang memang tak boleh print disebabkan had kemampuan printer. Jika anda beli printer yang mempunyai kemampuan borderless print, cetakan full bleed boleh dilakukan. Borderless printer hanya ada pada inkjet printer. Laser printer setakat ini tiada lagi yang boleh cetak full bleed.
Diharapkan penerangan ini menjelaskan tentang maksud bleed dan penggunaannya. Selepas ini, sila ambil kira setting bleed semasa menghasilkan artwork supaya kedai print tak pening melayan tempahan cetakan kita.
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
Empty space, drag to resize
#SIFOODOTCOM
Follow akaun media sosial kami yang lain:
- TikTok - tiktok.com/@sifoodotcom
- Instagram - instagram.com/sifoodotcom
- Facebook - facebook.com/sifoodotcom
- Youtube - youtube.com/sifoodotcom
Hubungi kami
-
010-8429643
-
03-90546897
-
kursus@sifoo.com
-
5-2, Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
Copyright © SIFOO.COM 2024