Canva Create 2025: Visual Suite 2.0 Ubah Cara Kita Design
Canva memang dah jadi kawan baik ramai orang dalam dunia kreatif – dari cikgu, peniaga online, content creator, sampai ke pelajar. Tapi dengan Canva Create 2025, mereka bawakan update paling padu setakat ni: Visual Suite 2.0.
Bayangkan… semua kerja design anda – dokumen, slide, video, data, sampai coding – boleh dibuat dalam satu tempat sahaja. Jom kita tengok apa yang menarik dalam update terbaru Canva ni.
Canva Visual Suite 2.0: Inovasi kreatif dengan AI, Magic Charts, Editor Foto, dan Canva Sheets!
Visual Suite 2.0 – Semua Fungsi, Satu Design
Dengan Visual Suite 2.0, anda boleh gabungkan pelbagai jenis kandungan dalam satu fail Canva. Tak perlu lagi buka banyak app atau tukar-tukar tab.
Antara elemen yang boleh digabungkan:
Media Sosial
Dokumen
Slide Presentation
Whiteboard
Video
Cetakan
Laman Web
Spreadsheet (Canva Sheets)
Semua fungsi ni boleh bekerjasama dalam satu ruang kerja. Contohnya, anda boleh buat presentation + borang + carta dalam satu dokumen sahaja. Power kan?
Canva Sheets & Magic Studio – Data + Design
Analisis data mendalam: Visual pintar di hujung jari untuk keputusan lebih bijak.
Canva sekarang ada Canva Sheets, versi spreadsheet yang lebih visual dan mesra pengguna. Lepas tu, digabungkan pula dengan Magic Studio at Scale – fungsi yang boleh hasilkan berpuluh design serentak.
Contoh kegunaan:
Nak buat 100 kad nama berbeza?
Buat label produk dengan data pelanggan?
Design social media post dengan nama/nombor/niche yang berbeza?
Semua ni boleh automate dengan data + design dalam satu proses mudah.
Canva AI – Bagi Idea, Canva Siapkan
Canva AI : Mudahkan reka bentuk dengan AI untuk create, write, draw, dan organize kreativiti!
Dengan Magic Studio, Canva AI bantu anda hasilkan pelbagai jenis kandungan kreatif hanya dengan arahan ringkas. Tengok antara fungsi menarik ni:
Ruangan Canva AI – masukkan idea anda, Canva akan hidupkannya.
Fungsi utama Canva AI:
Design For Me – Anda taip, Canva design.
Create an Image – Guna AI untuk cipta imej dari teks.
Draft a Doc – AI bantu tulis artikel, nota, dokumen.
Code For Me – Buat app/tool mudah tanpa tahu coding.
Contoh Apa Yang Canva AI Boleh Buat
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Write your awesome label here.
Contoh hasil AI dalam Canva – dari blog, poster, imej hingga aplikasi interaktif.