Sifoo.com adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan
kepada bidang grafik dan multimedia. Sifoo.com membawa slogan kata "Sumber
Grafik / Multimedia Malaysia" sesuai dengan fokusnya untuk menjadi
satu pusat rujukan di Internet kepada sesiapa sahaja yang berminat atau
terlibat di dalam bidang grafik dan multimedia. Keahlian Sifoo.com adalah
terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa sebarang bayaran.
Sifoo.com
menyediakan bahan bacaan ilmiah dalam bentuk artikel, tutorial dan juga
perbincangan melalui online forum kepada pengunjung. Di samping itu juga,
karya-karya ahli dipaparkan di dalam ruangan Galeri sebagai bahan rujukan
kepada sesiapa yang berminat. Diharapkan dengan konsep perkongsian ilmu
di antara ahli-ahli Sifoo.com, kemahiran setiap dapat ditingkat dan digilap.
Kini, setelah
beroperasi sejak 1999, Sifoo.com telah mempunyai lebih 21 000 keahlian
online. Ahli-ahli Sifoo.com yang menggelarkan diri mereka sebagai Sifoorians
telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti secara online mahu pun secara
offline. Antara aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan ialah Gempur
Flash!, Gempur Reka!, Jom Lukis!, Riang-Ria Sifoo.com, Majlis Hari Raya
Sifoo.com, Malam Seribu Bintang Sifoo.com, Bulan Bengkel Sifoo.com, Yumcha!,
dan Kelab Bolasepak Sifoo.com (SFC). Ternyata Sifoo.com berjaya menjalin
dan mengembangkan kumpulan yang terlibat dengan bidang grafik dan multimedia
di dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Sifoo.com
yang pada mulanya diusahakan atas dasar suka-suka kemudiannya telah diletakkan
di bawah sebuah entiti korporat yang diberi nama Sifoo Multimedia. Sifoo.com
menjadi sebuah living portfolio kepada Sifoo Multimedia untuk menjalankan
operasi perniagaannya yang menjurus kepada bidang rekabentuk grafik, web,
multimedia dan juga latihan kemahiran. Kini sifoo.com telah berada di bawah pengurusan
Majlis Tertinggi Sifoo.com (MTSC)
Sifoo.com
berharap dapat menjalankan pelbagai lagi perancangan-perancangannya untuk
masa hadapan. Ada di antara rancangan-rancangan tersebut telah lama dibincangkan
cuma belum mampu dilaksanakan atas halangan-halangan tertentu seperti
kekurangan kewangan untuk membiayai projek tersebut.
Berikut adalah
sedikit fakta-fakta penting tentang Sifoo.com:
Pengasas
Imran Abdul Jabar
Tahun
diasaskan:
1999
Versi
sekarang:
6
Objektif:
| 1. |
Menyediakan tutorial perisian grafik dan multimedia
secara online di dalam bahasa Melayu. |
| 2. |
Mengumpulkan para pereka grafik, pereka laman web dan pereka multimedia
sebagai satu komuniti. |
| 3. |
Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang grafik dan
multimedia khususnya di dalam dunia internet. |
| 4. |
Menyediakan informasi, berita dan kegiatan yang berkaitan dengan
grafik dan multimedia kepada pengunjung. |
| 5. |
Menjadi sebuah pusat sumber rujukan yang terkenal di dalam bidang
grafik dan multimedia. |
Pengurusan Sifoo.com:
Bermula 1 Mac 2006 Majlis Tertinggi Sifoo.com (MTSC) dan krew Sifoo.com telah
diberikan mandat sepenuhnya bagi mengendalikan segala pengurusan Sifoo.com.
MTSC:
| Penaung |
: |
Imran Abdul Jabar |
| Penasihat |
: |
Castd |
| Presiden |
: |
Rudinaz |
| Naib Presiden |
: |
saripol |
| Setiausaha I |
: |
wek-wek |
| Setiausaha II |
|
hegira |
| Bendahari |
: |
Elita |
| Ketua Biro |
:
:
:
:
:
:
: |
KB Pengendali: madfozi
KB Aktiviti: exike
KB Teknikal: mrpsycho98
KB Promosi & Pemasaran: deheart
KB Penerbitan: Nuppy
KB Perhubungan & Komunikasi: cookie monster
KB R&D: freak |
| Krew Sifoo.com |
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
|
muidlatif
artcipan
cheerful
botak
anys
streetcombat
dauz
Syacz
army4war
feez_ixora
Tun Teja
Cadburry
mefiila
freddy manson
jess
chef_nizam
|
|