Pertandingan Merekacipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-56

Bulan Kemerdekaan Malaysia hampir menjelang. Setelah mendapat kritikan hebat tahun lepas, pertandingan merekacipta logo Hari Kemerdekaan ke-56 diadakan semula secara terbuka oleh Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia yang berbakat dan kreatif menyumbangkan kepada negara dalam bentuk karya kreatif.

m56 2013a

PERTANDINGAN MEREKACIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN 56

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Kebangsaan Ke-50 dengan
kerjasama Jabatan Perdana Menteri menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan Merekacipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-56.

PERATURAN PENYERTAAN PERTANDINGAN:

  1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia secara percuma.
  2. Penyertaan pertandingan dibuka mulai 13 Julai hingga 22 Julai 2013 sebelum 12.00 tengah malam.
  3. Spesifikasi Reka bentuk logo
    • Reka bentuk logo adalah asli dan baru serta menggambarkan imej Hari Kemerdekaan Ke-56 dan tema iaitu
      MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’;
    • Reka bentuk logo tidak mengandungi unsur dan elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
    • Reka bentuk logo dihantar menggunakan kertas A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dihantar dalam dua bentuk iaitu :
    • (i) dilekatkan pada kertas tebal atau ‘mounting board’; dan 
    • (ii) dihantar dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan JPEG resolusi minimum 1280 x 960.
    • Setiap reka bentuk logo dan warna yang digunakan mempunyai keterangan atau penjelasan (rasional);
    • Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua warna tetapi tidak melebihi lima warna yang berasaskan warna-warna Jalur Gemilang; dan
    • Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
  4. Syarat-syarat penyertaan
    • Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan bagi setiap hasil reka bentuk logo yang dihasilkan. Borang penyertaan boleh dimuatturunkan dari laman sesawang www.malaysiamerdeka.gov.my atau www.kkmm.gov.my .
    • Peserta perlu lengkapkan borang penyertaan dengan maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat penuh, nombor telefon dan emel;
    • Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘hardcopy’ dan ‘softcopy’ sama ada melalui pos atau emel.
    • Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut :
    • Urus Setia Pertandingan Merekacipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-56
      Unit Komunikasi Korporat
      Aras 23, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
      Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62100 Putrajaya
      (Sila catatkan ‘Pertandingan Merekacipta Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56’ pada sebelah kiri sampul surat)
    • Atau emel kepada [email protected]y atau hantar melalui Inbox di FB Pertandingan Merekacipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-56.
    • Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
    • Sila dapatkan maklumat lanjut melalui Facebook Pertandingan Merekacipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-56.\

HADIAH:

Reka bentuk logo utama yang terpilih akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dan sijil penghargaan manakala 10 logo terbaik akan menerima hadiah saguhati bernilai RM1,000 berserta sijil penghargaan. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah wang tunai dan sijil penghargaan.

Pemenang pertandingan merekacipta akan diumumkan menerusi laman sesawang dan media massa.

BORANG PENYERTAAN:

http://www.kpkk.gov.my/pdf/BorangPertandinganLogo.pdf

Author: Imran Abdul Jabar

Pengasas Sifoo.com. Mempunyai pengalaman dalam industri kreatif dan multimedia sejak 1999. Kini lebih fokus menjadi pengajar kursus-kursus grafik dan multimedia. Boleh hubungi beliau sekiranya berminat untuk menjemput menjadi pengajar kursus anda.

Share This Post On

7 Comments

  1. tang ni yg tak berapa faham ni..konpius skit. "Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘hardcopy’ dan ‘softcopy’ sama ada melalui pos atau emel."

    Post a Reply
  2. Hardcopy – POS
    Sotfcopy – EMAIL.
    :)

    Post a Reply
  3. Samsul Zahrin Anda Pasti? aku konpius bila dia kata hardcopy dan softcopy SAMA ADA melalui pos ATAU emel. ulang sekali lagi ATAU. atau tu yg buat aku konpius tu.

    Post a Reply
  4. alaaa baru dpt tgk.huhuhu. mcm2 art dlm kple ni.:D

    Post a Reply

Komen & Maklumbalas