En. Diwang, salah seorang daripada Sifoorian di Facebook Group Sifoo.com telah menghantar sebuah foto di dalam group dan bertanyakan tentang cara untuk membuang warna biru (color cast) pada gambar tersebut. Jom kita tengok kaedah menghilangkan color cast pada gambar.
*Color cast adalah seperti lapisan warna tertentu, kebiasaannya tidak dikehendaki, yang mengganggu keseluruhan imej secara sekata.
FOTO ASAL:
HASIL:
LANGKAH 1:
- Buka gambar bermasalah color cast di dalam Photoshop
LANGKAH 2:
- Klik menu Image > Adjustments > Match Color.
- Aktifkan pilihan Neutralize.
- Boleh cuba laraskan Luminance dan Color Intensity jika mahu.
- Klik OK.
LANGKAH 3 (JIKA PERLU):
- Jika selepas proses Match Color, masih terdapat color cast yang tidak dapat dibuang seperti gambar ini, kita boleh applykan Adjustment Selective Color pula.
- Klik menu Image > Adjustments > Selective Color.
- Pilih Color Cyan dan laraskan seperti imej di atas atau mengikut citarasa mata anda.
- Klik OK.
- Siap!
HASIL:
Imran Abdul Jabar

Pengasas Sifoo.com. Mempunyai pengalaman dalam industri kreatif dan multimedia sejak 1999. Kini lebih fokus menjadi pengajar kursus-kursus grafik dan multimedia. Boleh hubungi beliau sekiranya berminat untuk menjemput menjadi pengajar kursus anda.





tq sifoo.com….