Kursus Reka Penerbitan Kreatif

Kursus: Reka Penerbitan Kreatif
Tarikh: 18-19hb Jun 2013
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tempat: UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Yuran: RM800

KETERANGAN KURSUS:

Kursus ini direka khusus dengan konsep ‘bengkel praktikal‘ untuk meningkatkan kualiti penghasilan rekabentuk layout penerbitan yang lebih baik dan menarik. Perisian utama yang akan digunakan ialah Adobe InDesign di samping Adobe Illustrator sebagai perisian sokongan. Fokus kursus ini adalah kepada rekabentuk material seperti brochure, buletin dan buku.

Kursus ini akan mendedahkan teknik yang mudah dan efisien serta perkongsian tips-tips kreatif yang menarik.

 

OBJEKTIF KURSUS:

  • Memahami proses rekabentuk penerbitan secara kreatif daripada tahap awal penyediaan sehingga persiapan untuk cetakan.
  • Memahami integrasi penggunaan perisian Adobe InDesign dan Adobe Illustrator untuk kerja penerbitan kreatif.
  • Meningkatkan kemahiran di dalam menghasilkan material penerbitan yang lebih kemas dan berkesan.

TOPIK YANG AKAN DIAJAR:

  • Pengenalan kepada proses penerbitan kreatif
  • Kaedah menjana idea – melakar idea – melaksanakan idea
  • Pengenalan kepada Adobe InDesign & Adobe Illustrator
  • Contoh Projek #1: Menghasilkan rekabentuk layout brochure
  • Contoh Projek #2: Menghasilkan rekabentuk layout buletin
  • Contoh Projek #3: Menghasilkan rekabentuk layout buku
  • Projek: Menghasilkan rekabentuk layout buku laporan tahunan
  • Pembentangan dan Diskusi Projek

TAHAP / SIAPA SESUAI HADIR:

Asas – Pertengahan (Power Basic). Terbuka kepada sesiapa sahaja yang terlibat di dalam industri kreatif terutamanya yang banyak terlibat dengan kerja-kerja grafik penerbitan.

 

YURAN & CARA PEMBAYARAN:

RM600 – Tunai sebelum kursus bermula
RM800.00 – LO Kerajaan

Pembayaran TUNAI / CEK / LO boleh dibuat kepada:

  • CIMB: 14300001376109 (SIFOO TRAINING SOLUTIONS)

LOKASI KURSUS:

SmartLab AITI, UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur

 

KELENGKAPAN KOMPUTER:

Komputer disediakan. Boleh bawa laptop sendiri jika mahu.

 

SIJIL / NOTA / MAKAN:

  • Sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus.
  • Nota dan bahan kursus akan disediakan untuk setiap peserta.
  • Sila bawa external hard disk atau usb drive yang mencukupi untuk menyimpan bahan kursus dan hasil kerja kursus.
  • Makanan dan minuman disediakan sebanyak 3 kali sehari.

 

CARA MENDAFTAR:

Pendaftaran Online

  • Sila isikan borang pendaftaran online di bawah ini (untuk rekod kami supaya mudah kami membuat follow up).
  • Selepas borang online dihantar, anda akan mendapat email balasan yang menyatakan kami telah menerima pendaftaran online anda.

Pendaftaran Offline (Faks)

  • Untuk staf kerajaan atau swasta, sila download borang PDF di bawah ini. Isi dan dapatkan pengesahan daripada majikan. Fakskan kembali borang tersebut sebagai tanda pengesahan kehadiran.
  • Sila maklumkan kepada kami jika majikan anda memerlukan dokumen sokongan untuk melengkapkan pendaftaran.
  • Invois akan diberikan kepada peserta semasa hari kursus.

 

BORANG PENDAFTARAN:

Download borang pendaftaran PDF: KLIK SINI.

 

 

Author: Sifoo.com

Mula beroperasi secara rasmi di awal tahun 2000 dengan slogan Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia dan kemudian berkembang menjadi sebuah komuniti online yang aktif. Setelah 10 tahun, Sifoo.com masih lagi aktif berkongsi ilmu secara online dan juga offline.

Share This Post On

2 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Tumpang tanya, saya bercadang mahu menerbitkan karya sendiri. Persoalannya, saya tidak tahu untuk mereka bentuk kulit & kandungan buku. Boleh syorkan mana-mana kelas yang menawarkan kursus sijil Adobe Indesign, Adobe Photoshop atau berkaitan dengannya. Terima kasih.

    Post a Reply

Komen & Maklumbalas