Tutorial kali ini akan menunjukkan cara menghasilkan efek stensil yang menarik. Biasanya efek ini digunakan untuk menghasilkan rekabentuk wallpaper atau pun rekabentuk tshirt.

Hasil:

Ok. Kita akan cuba hasilkan design macam kat atas ini. Design ini memerlukan pemilihan imej yang sesuai dan kombinasi dengan teks.

Apa yang diperlukan?
Anda boleh gunakan cadangan item di atas atau gantikan mengikut kehendak design anda.
Langkah 1:

  • Buka satu fail baru. Setkan saiz W: 1200 px dan H: 800 px.
  • Kemudian, klik pada ikon ‘Create new fill or adjustment layer‘ di bahagian bawah panel layer dan pilih Solid Color. Setkan warna #bb1a02 (warna kemerahan).
Langkah 2:

  • Pastekan gambar Guevara ke dalam fail tadi.
  • Kemudian, gunakan selection tool untuk membuat selection seperti di atas.
  • Saya gunakan Quick Selection tool – lebuh mudah dan cepat.
Langkah 3:

  • Daripada selection yang dibuat tadi, tekan Ctrl + J untuk copy dan paste.
  • Satu layer baru akan terhasil.
  • Hidekan layer yang pertama.
Langkah 4:

  • Tekan huruf ‘D’ di keyboard untuk setkan warna hitam dan putih pada foreground dan background color.
  • Klik menu Filter > Filter Gallery > Sketch > Halftone Pattern.
  • Setkan seperti di atas untuk mendapatkan kontras hitam putih yang paling baik.
Langkah 5:

  • Kemudian, duplicate layer Color Fill.
  • Select kedua-dua layer Color Fill copy dan Layer 2, mergekan keduanya.
    Tekan Ctrl + E.
Langkah 6:

  • Kemudian, duplicate pula layer yang baru dimerge tadi. Tekan Ctrl + J.
  • Layer 2 copy akan terhasil. Hidekan layer ini.
Langkah 7:

  • Setkan blending mode Layer 2 daripada Normal kepada Multiply.
  • Kemudian, klik menu Filter > Blur > Gaussian Blur. Setkan seperti di atas – Radius: 10.0 pixels.
  • Klik OK.
Langkah 8:

  • Selepas itu, klik semula menu Filter dan pilih Noise > Add Noise.
  • Setkan Amount: 40% dan aktifkan Monochromatic.
  • Klik OK.
Langkah 9:

  • Klik menu Layer > Layer Mask > Hide All.
  • Thumbnail layer mask berwarna hitam akan muncul di layer 2.
  • Pilih Brush Tool dan pilih brush Dirty Spray.
  • Setkan warna putih pada foreground color dan setkan opacity brush pada 70%.
  • Sapukan di dalam layer mask sehingga imej seperti di atas kelihatan.
Langkah 10:

  • Show semula Layer 2 copy yang dihide awal tadi.
  • Klik menu Layer > Layer Mask > Hide All.
  • Thumbnail layer mask berwarna hitam akan muncul di Layer 2 copy.
  • Pilih Brush Tool dan pilih brush Dirty Spray.
  • Setkan warna putih pada foreground color dan setkan opacity brush pada 100%.
  • Sapukan di dalam layer mask sehingga imej seperti di atas kelihatan.
Langkah 11:

  • Select kedua-dua Layer 2 dan Layer 2 copy.
  • Tekan Ctrl + G untuk memasukkan layer tersebut di dalam Group 1.
Langkah 12:

  • Ulang dari Langkah 5 untuk teks.
  • Groupkan layer teks di dalam Group 2.
Langkah 13:

  • Akhir sekali, copy dan pastekan tekstur dinding ke dalam fail ini.
  • Susunkan layer tekstur tersebut di bawah layer Group 1 dan Group 2.
  • Tukarkan layer blending mode daripada Normal kepada Luminosity. Dan setkan opacity kepada 80%.
Siap!

  • Anda boleh cuba dengan menggunakan imej lain atau warna latarbelakang yang lain!
  • Gunakan brush Dirty Spray tadi juga untuk menghiaskan sekeliling canvas untuk efek kotor spray.
  • Selamat mencuba!
Sila share, jika anda suka dengan pos ini.

Imran Abdul Jabar

facebooktwitter

Pengasas Sifoo.com. Mempunyai pengalaman dalam industri kreatif dan multimedia sejak 1999. Kini lebih fokus menjadi pengajar kursus-kursus grafik dan multimedia. Boleh hubungi beliau sekiranya berminat untuk menjemput menjadi pengajar kursus anda.