Pernah tengok filem The Truman Show? Filem ini mula ditayangkan di dalam tahun 90-an. Selain daripada kesan lakonan yang berbeza Jim Carrey, poster filem ini juga menjadi bualan hangat oleh para designer. Imej Jim Carrey di dalam poster tersebut terhasil daripada susunan foto-foto kecil dengan tona warna yang tepat. Jika dilihat daripada jauh, wajah Jim Carrey akan kelihatan dengan jelas.
Jadi, tutorial kali ini akan membongkar kaedah untuk menghasilkan efek mosaic tersebut.
Apa yang diperlukan?
- Banyak foto untuk dijadikan mosaic.
- Satu foto besar untuk dijadikan imej poster.
- Plugin Contact Sheet II.
Plugin ini dah sedia ada di dalam Photoshop CS4 dan ke bawah. Untuk CS5 ke atas, anda boleh download dan install daripada link berikut: http://www.adobe.com/support/downloads/thankyou.jsp?ftpID=4688&fileID=4376
Hasil Poster:
Langkah 1:
- Anda perlu mengumpul foto-foto kecil di dalam jumlah yang banyak dan disave pada saiz yang yang sama lebar dan tinggi.
- Untuk contoh ini, saya buat saya fail baru. Setkan Width: 100 dan Height: 120.
- Kemudian, saya cari foto wajah di internet dan pastekan di dalam canvas.
- Savekan foto ini di dalam format JPG ke dalam satu folder khas.
- Ulang langkah ini untuk satu jumlah bilangan foto yang sesuai (iaitu, banyak!).
- Untuk contoh ini saya guna 162 foto.
Langkah 2:
- Klik menu File > Automate > Contact Sheet II.
- Setkan seperti di atas atau mengikut kesesuaian kerja anda.
- Proses ini mungkin memerlukan sedikit kira-kira matematik untuk mendapatkan jumlah foto berdasarkan saiz poster yang direka.
- Pastikan anda offkan setting Use Auto-Spacing dan setkan nilai 0 kepada Vertical dan Horizontal.
- Klik OK dan biarkan Photoshop melakukan kerja menyusun foto tersebut secara automatik.
Langkah 3:
- Ini adalah hasil daripada proses Contact Sheet tadi.
Langkah 4:
- Tekan Ctrl + A untuk Select All.
- Kemudian, klik menu Edit > Define Pattern.
- Beri nama pattern mengikut kehendak anda.
- Klik OK.
Langkah 5:
- Sekarang, mula dengan satu fail baru. Setkan saiz poster mengikut kehendak rekabentuk anda.
- Masukkan foto utama yang anda pilih.
Langkah 6:
- Klik ikon fx di bawah panel layer dan pilih Pattern Overlay.
- Setkan Blend Mode kepada Luminosity.
- Pilih pattern yang baru didefine tadi.
- Setkan scale pattern mengikut kesesuaian saiz imej di dalam poster. Di sini saya setkan kepada 50%.
- Klik OK.
Langkah 7:
- Disebabkan kita scalekan pattern di dalam Pattern Overlay tadi, kita perlu ukur semula saiz thumbnail mosaic.
- Zoom secara dekat menggunakan Zoom tool.
- Gunakan Rectangular Marquee Tool dan select satu thumbnail.
- Buka panel Info (Window > Info) dan dapatkan nilai W.
- Untuk contoh ini, saya dapat W = 28 pixel.
Langkah 8:
- Seterusnya, klik menu Filter > Pixelate > Mosaic.
- Masukkan nilai W = 28 pixel tadi untuk setting Cell Size.
- Langkah ini adalah untuk menyamakan kekotak mosaic dengan saiz thumbnail supaya taburan warna kelihatan tepat.
Langkah 9:
Imran Abdul Jabar

Pengasas Sifoo.com. Mempunyai pengalaman dalam industri kreatif dan multimedia sejak 1999. Kini lebih fokus menjadi pengajar kursus-kursus grafik dan multimedia. Boleh hubungi beliau sekiranya berminat untuk menjemput menjadi pengajar kursus anda.

















menarik bos… tapi tak cukup koleksi gambar muka lah… ada koleksi yang bleh download tak? hehehe
ko google images "mug shot"
waaa patut la tak jumpa kekekeke… hmm, jenuh nak download ni
takpe2… cuba cuba cuba…
thx Imran Abdul Jabar… ilmu yg berguna…
sama2