Contoh: Reka Logo

Illustrator adalah perisian yang paling sesuai sekali untuk kerja-kerja merekabentuk logo. Tutorial ini akan menunjukkan cara merekabentuk logo menggunakan Type, Offset Path dan Pathfinder.

Buka satu fail baru. Tidak kisah saiz artboard.

LANGKAH 1:

  • Buat satu bentuk bulatan menggunakan Ellipse Tool (L). Tekan Shift sambil membuat bulatan akan memastikan bulatan tepat (bukan bujur).
  • Setkan Stroke weight: 12 dan warna stroke: Hitam. Pastikan tiada warna Fill.

LANGKAH 2:

  • Pilih bulatan yang dibuat tadi. Kita akan tukarkan garisan stroke kepada Filled Path. Klik menu Object > Path > Outline Stroke.

LANGKAH 3:

  • Taipkan satu teks. Saya taip huruf ‘d’ dan ‘p’ menggunakan font: Myriad Pro, Black Condensed Italic.
  • Sekiranya, anda ingin gunakan font lain, saya sarankan anda gunakan font jenis yang tebal (bold atau black).

LANGKAH 4:

  • Sekarang, kita akan tukarkan teks tadi kepada outline. Klik pada menu Type > Create Outlines (Ctrl+Shift+O). Atau, klik kanan di atas teks tadi, dan pilih Create Outlines daripada menu yang muncul.

LANGKAH 5:

  • Susunkan teks tadi di tengah-tengah bulatan. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan panel Align.
  • Pilih kedua-dua objek: teks dan bulatan. Klik pada ikon Horizontal Align Center dan Vertical Align Center di panel Align.

LANGKAH 6:

  • Pilih alatan Direct Selection Tool (A) – Arrow yang berwarna putih. Kita akan ‘tinggikan’ tiang huruf d dan huruf p (seperti imej di bawah) dengan menggunakan alatan tersebut. Caranya, pastikan huruf tadi tidak dipilih (Ctrl+Shift+A) – Deselect All.
  • Kita mulakan dengan huruf d dulu. Klik pada garisan path yang paling atas sekali dan tarik (drag) ke atas sehingga terkeluar daripada bentuk bulatan (seperti imej di bawah).
  • Ulang proses yang sama untuk huruf p pula. Klik dan tarik ke bawah.

LANGKAH 7:

  • Seterusnya, pilih huruf d dan p. Kita akan gabungkan kedua huruf tadi menjadi satu bentuk/objek yang satu. Jadi, kita akan menggunakan palet Pathfinder – Shape Modes > Add to shape area + Expand.

LANGKAH 8:

  • Pilih bentuk huruf tadi (d dan p). Klik pada menu Object > Path > Offset Path. Setkan Offset: 3pt. Klik OK.
  • Offset path akan membentukkan satu shape yang sama tetapi dengan sedikit offset (mengikut nilai yang kita tetapkan). Jadi, kita akan dapat dua bentuk yang sama tetapi berbeza saiz.

LANGKAH 9:

  • Ok, sekarang pilih bentuk huruf yang terhasil daripada offset path tadi. Maksudnya, pilih bentuk yang kedua, yang lebih besar saiznya. Kemudian, sambil menekan ‘Shift‘, pilih pula bentuk bulatan. Jadi, kita sekarang sedang membuat pilihan dua objek pada masa yang sama.
  • Seterusnya, klik pada ikon Subtract from shape area + Expand daripada panel Pathfinder. Hasilnya akan kelihatan seperti di dalam imej berikut.

LANGKAH 10:

  • Wah! Dah langkah 10 dah…panjang juga ni. Takpe, dah nak habis.
  • Sebenarnya, untuk bentuk logo ini, kita dah siap! Cuma sekarang ini untuk letak warna dan sedikit hiasan.
  • Pilih alatan Gradient dan setkan warna gradient di dalam palet Gradient – Type: Radial. Klik dan tarik alatan seperti yang ditunjukkan dengan anak panah merah di bawah.

Untuk variasi, saya hasilkan logo seperti di bawah ini.

Selamat Mencuba!

Author: Sifoo.com

Mula beroperasi secara rasmi di awal tahun 2000 dengan slogan Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia dan kemudian berkembang menjadi sebuah komuniti online yang aktif. Setelah 10 tahun, Sifoo.com masih lagi aktif berkongsi ilmu secara online dan juga offline.

Share This Post On

4 Comments

  1. Tut yg sgt menarik dan simple..tapi knp gambar2 yg lain x keluar? nak kena klik satu2 setiap link gambar tersebut.. bukankah lebih afdal agar ianya terus auto load dalam tut ni? tq..

    Post a Reply

Komen & Maklumbalas