[Ps] Reka Grafik: Membuat ‘Mock Up’ Untuk Muka Depan Buku.

Dipos oleh dalam Photoshop, Reka Grafik | 4 comments

Tutorial ini akan menerangkan dan menunjukkan langkah-langkah untuk membuat Mock-up Muka Depan Buku melalui teknik Smart Object Photoshop. Didalam tutorial kali ini saya sediakan sekali fail untuk anda muat turun dan cuba sendiri. Ingat! tujuan saya memberi fail ini untuk pemahaman anda, oleh itu lebih baik sekiranya kita cuba membuat sendiri bersama-sama. Oleh kerana juga untuk tujuan anda memahami dengan mudah, fail ini tidaklah sebaik yang anda harapkan, tetapi masih lagi berguna untuk anda yang MALAS membuat sendiri. OK mari kita lihat bagaimana fail akhir yang anda akan dapat.

Selanjutnya

[Ps] Efek Mosaic

Dipos oleh dalam Photoshop, Reka Grafik, Tutorial | 5 comments

Pernah tengok filem The Truman Show? Filem ini mula ditayangkan di dalam tahun 90-an. Selain daripada kesan lakonan yang berbeza Jim Carrey, poster filem ini juga menjadi bualan hangat oleh para designer. Imej Jim Carrey di dalam poster tersebut terhasil daripada susunan foto-foto kecil dengan tona warna yang tepat. Jika dilihat daripada jauh, wajah Jim Carrey akan kelihatan dengan jelas.

Jadi, tutorial kali ini akan membongkar kaedah untuk menghasilkan efek mosaic tersebut.

Selanjutnya

[Ps] Reka Grafik: Background Ketupat Dengan Photoshop

Dipos oleh dalam Photoshop, Reka Grafik | 9 comments

Reka Grafik: Background Ketupat Dengan Photoshop

 

Untuk pelancaran web baru Sifoo.com versi 2012, kali ini  saya ingin berkongsi bagaimana menghasilkan texture manual untuk background ketupat. Kenapa saya menganggap ianya manual, kerana ianya memang dibuat dengan banyak langkah ulangan dan memastikan ia nampak lebih realistik dan kemas. Pada musim perayaan ini khasnya, tutorial background ketupat ini mungkin dapat memanfaatkan reka grafik anda. Selamat Mencuba!

Selanjutnya
Halaman 1 dari 212