Tutorial kali ini akan cuba meniru efek bokeh yang biasanya diperolehi daripada kesan Depth of Field kamera dslr. Bokeh adalah istilah kabur atau blur pada bahagian tertentu foto, biasanya pada bahagian latarbelakang. Teknik photoshop ini akan menggunakan filter Lens Blur dan Layer Mask.
FOTO ASAL:
Ini adalah foto asal yang akan digunakan di dalam tutorial ini.
FOTO HASIL:
Hasil foto yang akan dibuat dalam tutorial ini. Lihat kesan bokeh pada latarbelakang foto.
APA YANG DIPERLUKAN?
- Foto pilihan – yang mempunyai subjek yang dijelas di bahagian hadapan.
- Photoshop CS3 dan ke atas kerana Filter Lens Blur tiada di dalam versi yang lebih rendah dari CS3.
- Kemahiran membuat selection dan mask.
LANGKAH 1:
- Buka foto pilihan di dalam Photoshop.
- Duplicate layer background. Tekan Ctrl + D.
LANGKAH 2:
- Pilih Quick Selection Tool (atau mana-mana selection tool yang anda mahir).
- Buat selection kepada subjek di bahagian hadapan foto.
- Kemudian, invertkan selection. Tekan Ctrl + Shift + I atau klik menu Select > Inverse.
LANGKAH 3:
- Setelah selection dibuat dengan elok. Klik ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer.
- Lihat hasil kotak thumbnail mask di layer yang baru diduplicate tadi.
LANGKAH 4:
- Klik pada thumbnail layer.
LANGKAH 5:
- Seterusnya, klik menu Filter > Blur > Lens Blur.
- Setkan seperti imej di atas:
- Source: Layer Mask.
- Radius: 20
- Specular Highlights: Brightness 45 & Threshold: 220.
- Klik OK setelah berpuas hati.
LANGKAH 6:
- Kemudian, klik pada thumbnail layer mask.
- Setkan warna foreground / background kepada hitam / putih. Tekan huruf D dan kemudian X.
- Pilih Gradient Tool. Pilih Linear Gradient dan Gradient Foreground kepada Transparent (Lihat imej di atas).
LANGKAH 7:
- Dengan menggunakan Gradient Tool, klik bahagian bawah foto dan drag ke atas (Lihat anak panah di dalam imej di atas).
- Kesannya, bahagian bawah foto akan menjadi jelas dan tajam berbanding latarbelakang. Ulang gradient tool sehingga anda berpuas hati.
- Siaplah!
FOTO HASIL:


- Selamat mencuba!
- Sharekan hasil percubaan anda di dalam Group Facebook Sifoo.com.
Imran Abdul Jabar

Pengasas Sifoo.com. Mempunyai pengalaman dalam industri kreatif dan multimedia sejak 1999. Kini lebih fokus menjadi pengajar kursus-kursus grafik dan multimedia. Boleh hubungi beliau sekiranya berminat untuk menjemput menjadi pengajar kursus anda.













bokeh + miniature effect skali… sapa2 rasa nak buat foto model kete, rumah masing2 boleh guna teknik ni… kalau dari umah, make sure angle kamera dari atas dulu..